Sudah lama begini Hidup macam hamba abdi Hari-hari kena caci Masih tak sedar diri Kena kutuk kena keji Masih tak sedar diri
Melalak siang malam Melalak pagi petang Tokey-tokey jadi senang Masih tak sedar diri Tokey-tokey makin riang Masih tak sedar diri
*Sampai bila begini Badan dah jadi macam abdi Cermin-cerminlah diri Jangan sampai Kita.. Kita dijualbeli
[solo]
Orang lain kaut untung Hantar duit balik kampong Tapi kita hidup sombong Masih tak sedar diri Sampai masa termenung Masih tak sedar diri
Mana dia orang kita Kata janji mahu tolong Sampai masa melopong Masih tak sedar diri Terpekik terlolong Masih tak sedar diri
*Sampai bila begini Badan dah jadi macam abdi Cermin-cerminlah diri Jangan sampai Kita.. Kita dijualbeliTeksty umieszczone na naszej stronie są własnością wytwórni, wykonawców, osób mających do nich prawa.